KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan adalah salah.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mempunyai satu saham khas (golden share) di dalam NFC seperti yang disahkan oleh carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang diedarkan minggu lepas.
Beliau mengulas kenyataan Noh yang disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 November lepas bahawa NFC tidak kena mengena dengan kerajaan bukan sahaja tidak tepat tetapi bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu.
“Keadaan ini sama seperti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain yang mempunyai pelbagai struktur pegangan saham, tetapi keputusan masih tertakluk kepada kerajaan melalui pegangan satu saham khas (golden share) tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kenyataan menteri adalah satu cubaan untuk mencuci tangan dari pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam NFC yang membuktikan kegagalan dua orang menteri (menteri sekarang dan Timbalan Perdana Menteri) menyelia dan memastikan wang rakyat digunakan dengan sebaiknya.
Menurutnya, kenyataan kedua Noh bahawa dana hanya akan disalurkan kepada NFC dari “akaun pinjaman khas” setelah NFC membuat tuntutan perbelanjaan bersabit pengurusan ladang ternakan menimbulkan lebih banyak persoalan.
Beliau berkata, jika RM181 juta telah dibayar kepada NFC daripada jumlah pinjaman RM250 juta seperti yang didakwa oleh Menteri, maka tuntutan untuk bayaran kondominium sebanyak RM9.8 juta sudah tentu termasuk di dalam senarai tuntutan yang telah diluluskan oleh kerajaan.
“Hanya ada dua kemungkinan yang berlaku – sama ada NFC memalsukan senarai tuntutan perbelanjaan semasa membuat tuntutan pinjaman dari kerajaan kerana ia membuat tuntutan bagi perbelanjaan yang tidak wujud (kerana RM9.8 juta sebaliknya digunakan untuk membeli kondominium); atau tidak ada pun sistem kawalan dan kebenaran pembayaran seperti yang disebut oleh menteri,” katanya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan, pihaknya akan terus mendesak penjelasan bagi perkara-perkara ini terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepincangan yang seterusnya.
Ulasan :
Isi ini semakin panas dan merumitkan serta menampakan asakan dan tendangan gol yang berterus dari PR kepada BN. Cuma yang ditunggu adalah jawapan dari Najib sendiri iaitu bilakan PRU akan diadakan.
1 ulasan:
Pas ke & BN kE,Pkr & Dap sama aje,bila dah pegang kuasa masing-masing lupa diri bila pemimpin2 parti diperingkat atasan salah guna kuasa,lepas tu arahkan penyokong2 bawahan untuk bersihkan tahi dan kecing mereka buat.
paksa penyokong2 berarak beratur & pegang sepanduk berhimpun untuk membersihkan tahi kecing yg mereka tinggalkan ditengah2 jalan
kami rakyat bukan bodoh,bukan macai pencuci najis.kami bukan lembu cucuk hidung kami ada otak untuk berfikir.
Catat Ulasan