07 Disember 2011

'Bangsa UMNO'. perompak wang rakyat.

11 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Perkembangan terkini isu rasuah di Malaysia amat membimbangkan, saya sifatkan sedemikian kerana situasinya makin parah dari tahun ke tahun berikutan kelemahan pentadbiran BN, persoalannya apakah wajar kita hanya berpeluk tubuh setelah dapat tahu mengenai Indeks rasuah negara yang telah jatuh dari kedudukan 56 ke tangga 60.

Ini bukan statistik dari Ketua Cawangan UMNO, tetapi dari TI-M (Tansparency Inernational Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Transparensi Antarabangsa-Malaysia juga menunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah, fakta ini menunjukkan bahawa golongan muda telah belajar sesuatu dari Pemimpin negara, ini amat mendukacitakan.

Umno kononnya berikrar mahu mempertahankan rakyat dari terpalit dengan perkara negatif seperti rasuah, tetapi malangnya pemimpin itu jugalah yang sering terlibat dengan rasuah yang ditukar istilah kepada politik wang khususnya setiap kali pemilihan jawatan parti disemua peringkat.

Umno juga pada realitinya juga tidaklah menjaga kaum Melayu seperti yang dilaung-laungkan , begitu juga kaum lain yang mempunyai taraf warganegara yang sah dinafikan haknya dalam pelbagai aspek dan bidang.
.
Sudahlah mereka (Umno) tidak menjaga hak bumiputera, lebih memalukan lagi, berdasarkan perlakuannya langsung tidak menggambarkan bahawa Umno menjaga hak kaum lain yang juga merupakan rakyatnya.

Dalam negara kita semacam wujudkan ' bangsa Umno' , sebab Umno telah membuktikan ia bukan pembela seluruh kaum di Malaysia, yang dibela sebenarnya cuma beberapa kerat elit dan kroni umno seperti Shahrizat Jalil dan lain-lain individu tertentu yang berkepentingan.

'Bangsa Umno' ini bukan sahaja dibantu secara terancang, malah "mereka-mereka" ini semacam diberi "kebenaran" untuk merompak wang rakyat secara mewah.Malah paling mendukacitakan semacam kebal undang-undang ?

Individu yang terkait dengan Bangsa Umno ini bukan sahaja gemar berbelanja mewah disamping mereka juga seronok merompak wang rakyat secara halus dan terancang.
.
Pakatan Rakyat konsisten untuk membela hak dan nasib rakyat dengan terus menyuarakan kezaliman BN terhadap rakyat melalui Dewan Rakyat (Parlimen) dan pelbagai media alternatif lain dengan segala bukti dan segala dokumen.

Umno BN telah diberi peluang sekian lama, hasilnya, rakyat semakin susah dan merempat di tanah air sendiri, PRU13 adalah medan perubahan total kepada rakyat untuk jatuhnya BN dengan memberi harapan kepada PR membela hak rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 Dis 2011

1 ulasan:

ANAK WATAN MENTAKAB berkata...

assalamualaom ustad....nak buat camana kepala pengasas rasuah x lain bukan ialah prisiden BN @ PRISEDEN UMNO...SBB APA SAYA CAKAP BEGINI CUBA KITA RENUNG BALIK2 MP BEBAS DARI PKR MEREKA NI TELAH DIBAYAR JUTAAN RM OLIH PEMIMIN UMNO SUPAYA KELUAR DARI PKR DAN HENTAM BALIK PKR...ANTARANYA ZUL KULIM, GOBALAKRISNAN,ZAHARIN BAYAN BARU, BEKAS TIMBALAN KETUA M P PINANG 1, ADA ANTARA MEREKA NI ADA MASAALAH MAHKAMAH YG BOLIH MENYEBABKAN MEREKA HILANG KERUSI PARLIMEN SERTA MASAALAH KEWANGAN.....JADI SBAGAI MENYELAMATKAN DIRI MEREKA LALU MENGISTIHARKAN DIRI KELUAR DARI PKR DAN SOKONG UMNO..YG TERANG DAN NYATA X LAIN X BUKAN IALAH ZUL KULIM KERANA TERDAPAT KES PENIPUAN LALU PEMIMPIN UMNO MENGHUBUNGINYA MEMBATALAKAN KES DAN MINTA SI ZUL NI BUAT KENYATAAN MEMBURUKKAN PKR SERTA DIBAYAR RM JUTAAN RM DAN DIJANJIKAN GELARAN DATO,..PELIKAN JADI MP X SAMPAI 2 TAHUN BOLIH DAPAT DATO' SEDANGKAN MASIH AKU INGAT NIK AZIZ JD YB SEMENJAK TAHUN 1973 LAGI (1993 BARU DATO) HAJI HADI JADI YB 1982 (1998 DAPAT DATO) AZIZAN RAZAK MB KEDAH JADI YB 1995 ( DAPAT DATO 2008) MAT SABU JADI YB 1990 HINGGA 2004 - TIADA DATO, SALAHUDDIN AYUB YB 1998 HINGGA KINI TIADA PUN DATO, TAN SENG GIAU YB KEPONG, LIM KIT SIANG, KARPAL SING ANTARA NAMA SEJAK 1970AN LAGI JADI YB HINGGA KINI TIADA PUN GELARAN DATO' TIBA2 TUP TUP ZUL KULIM DAPAT DATO'...BEGITU JUGA WARTAWAN AMPU TV3 KARAM SING WALIA (AKU DAH AGAK DAPAT DATO) BANYAK ULASAN KAT TV DIA BURUKAN NEGERI PEMBANGKANG DAN MP PEMBANGKANG YG KETARA BILA IA SEBUT TERUS DAN MEMBURUKAN MP KUANTAN FUZIAH SALLEH DLM ISU LUNAS...YANG PALING AKU BENCI SEKALI IALAT KARAM SING WALIA INI...AKU PERNAH HUBUNGINYA SUPAYA DATANG BUAT SIASATAN PERIHAL SEBUAH KILANG PEMPEPOSESAN GETAH MILIK KERAJAAN (MARDEC) DI JALAN LANCANG MENTAKAB PAHANG..DAH BERPULUHAN TAHUN KILANG NI BERPOPERASI.MENGELUARKAN BAU BUSUK YG AMAT TERUK...KAMI PENDUDUK SINI ADA DHINGGAP BERBAGAI PENYAKIT, YG PELIKNYA DARI KILANG ITU TERLETAKNYA 1/2 KILOMETER KUARTER KERAJAAN...PERSOALANNYA KENAPA S KARAM SING WALIA PENCACAI UMNO NI X DATANG...AKU PASTI SEANDAINYA NEGERI PAHANG PADA PRU NANTI JATUH PADA PAKATAN RAKYAT..SI PENCACAI KARAM SING WALIA INI TERUS KEKILANG INI DAN AKAN BURUKKAN PAKATAN RAKYAT..