07 Disember 2011

Naib Presiden UMNO Menyindir Ketua Menteri Sarawak

WW Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

Memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam utusan borneo yang  mengatakan “Pembangkang tak mahu beri laluan kepada yang muda” secara tidak langsung menyindir ketua menteri Sarawak yang sudah berumur lebih 75 tahun dan juga sudah lama memerintah Sarawak lebih dari 30 tahun. Kenyataan Shafie Afdal juga secara tidak langsung menyindir Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak (TYT) Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng yang sudah berumur 90 tahun tapi masih lagi dilantik menjadi TYT seolah-olah tiada orang muda yang boleh mengantikannya.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam PRU akan datang. “Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, semalam.

Kita mempertahan Tok  Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin sebab beliau seorang yang jujur, amanah, ikhlas  dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang beliau memerintah negeri Kelantan. Sekiranya Ketua Menteri atau menteri besar Barisan Nasional  juga boleh membuat demikian rakyat tiada masalah untuk menerima pimpinan mereka.  Ini bukan persoalan umur tetapi lebih kepada integrity yang perlu diambil kira.

Kita minta pemimpin Umno/BN jangan membandingkan pemimpin mereka dengan pemimpin PAS/Pakatan Rakyat sebab selama ini banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa oleh pemimpin Umno/Bn yang sudah didedahkan oleh blog dan media tetapi mereka masih tetap juga memegang tampuk pemerintahan tanpa rasa malu dan bersalah.

Rakyat mahu mereka yang jujur,amanah dan mereka yang ikhlas memikul tanggungjawab sebagai pemimpin mereka tidak kira tua atau muda tetapi integriti yang lebih penting. Rakyat mahu peminpin yang adil untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk memimpin mereka bukan mereka yang pentingkan diri sendiri.

PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

Tiada ulasan: