25 Disember 2011

Buat tatu di Bali, lelaki dijangkiti HIV

29 Muharram 1433H. [MOD] -

SYDNEY 24 Dis. - Pihak berkuasa kesihatan Australia mendedahkan, seorang rakyatnya dipercayai dijangkiti virus HIV selepas membuat tatu di Bali, Indonesia.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Australia Barat mencadangkan orang ramai yang membuat tatu di Bali agar menjalani ujian bagi mengesan virus tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai pesakit tersebut.

"Semua bukti menunjukkan tatu itu menjadi punca jangkitan HIV.

"Kes ini memaparkan risiko kesihatan sebenar apabila melakukan tatu di luar negara,'' kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit jabatan itu, Paul Armstrong berkata, risiko dijangkiti HIV bukan sahaja melibatkan tatu tetapi juga bertindik.

"Selain HIV, mereka juga terdedah kepada jangkitan Hepatitis B dan Hepatitis C serta bakteria,'' ujarnya.

Pegawai Indonesia berkata, jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di Bali meningkat tahun lepas dengan seorang daripada empat pelacur menghidap penyakit itu. - AFP

Tiada ulasan: