5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Pakatan Rakyat akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana kerajaan sebanyak RM250 juta sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Lim Kit Siang.
"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau setuju apabila merampas Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, Pakatan akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal NFC jika masih tiada ketelusan memuaskan seputar kontroversi itu," kata penasihat DAP itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, pembentukan badan itu tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai.
Muhyiddin dilaporkan berkata, selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.
Malaysiakini/-
1 ulasan:
kalu sungguh sebagai di kata, usahakan NFC, semua bekas menteri dan timbalan termasok MB,KM, dan exco perlu di ambil tindakan kepada yang bermasaalah. baru gam. sokong PR mudahan berjaya, raayat bawahan makin merana.
Catat Ulasan