06 Februari 2012

17 terkorban, 13 diselamatkan selepas bot bawa pendatang terbalik

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SABANA DE LA MAR: Pasukan penyelamat menemui 17 mayat dan berjaya menyelamatkan 13 orang selepas bot yang sarat dengan pendatang terbaik dari Republik Dominican terbalik, kata pegawai semalam.

Pengarah Risikan Tentera Laut Dominican, Luis Castro, berkata mayat 12 lelaki dan lima wanita itu ditemui ketika laut bergelora.

Kapten bot yang membawa pendatang itu ditahan dan disoal siasat oleh penyiasat.

Jumlah pendatang yang terkorban dijangka meningkat kerana penyelamat yang menggunakan dua bot tentera dan kapal pemadam kebakaran serta nelayan tempatan masih mencari kira-kira 40 orang yang berada dalam bot berkenaan ketika kejadian awal pagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke Puerto Rico sebelum terbalik. - AP

Tiada ulasan: