14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
MALE, Maldives: Tentera Maldives melepaskan tembakan peluru getah dan bertempur dengan polis negara itu yang tidak mengendahkan perintah presiden untuk menamatkan bantahan terhadap apa yang dikatakan arahan tidak sah oleh pihak berkuasa.
Ratusan anggota polis memulakan bantahan di ibu negara, Male, awal pagi tadi selepas arahan supaya mereka menarik balik kawalan ke atas penyokong kerajaan dan pembangkang yang melakukan bantahan berhampiran satu sama lain.
Penarikan balik kawalan itu menyebabkan pergaduhan.
Presiden Mohamed Nasheed menemui anggota polis berkenaan dan meminta mereka menghentikan bantahan tetapi mereka enggan dan mahu beliau melepaskan jawatan.
Bantahan berlaku setiap hari di Maldives selepas Nasheed mengarahkan penahanan seorang hakim kanan. - AP

1 ulasan:
bukan lah nak mintak jadi..tapi ramai kot askar malaysia yg rasa gembira tak hengat kalau dapat bagi penampar dekat sekor sekor polis malaysia yg berhaluan hamno . ramai tu yg corrupted mind ahaks....ceh, askar seribu kali ganaz handal dari korang polis. takat org awam ko nak pukul dgn chota sebab bawa sepanduk apa barang....
Catat Ulasan