10 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Operasi mencari mangsa kelima krew kapal Bunga Alpinia yang masih hilang telah diteruskan.
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dalam satu kenyataan malam ini, sementara itu berkata kebakaran di atas kapal berkenaan yang berlaku pada pagi Khamis lepas di Labuan, telah dipadamkan.
"Pemantauan di kawasan yang terbakar di atas kapal berkenaan dan penyejukan kawasan persekitaran masih diteruskan. "Pemerhatian awal mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak dari Bunga Alpinia yang kini dikawal dengan menggunakan peralatan anti pencemaran tumpahan minyak," kata MISC.
Pihak berkuasa dan pakar-pakar industri yang dilantik MISC telah meningkatkan usaha membendung tumpahan minyak bagi memastikan perlindungan berterusan terhadap alam sekitar dan masyarakat sekeliling. MISC berkata peralatan tambahan juga disediakan bagi membendung tumpahan minyak bagi mengawal sebarang kebocoran sekiranya ada.
Semalam, Bernama melaporkan pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari Mohammad Nazrin Khamsani.
Setakat ini, mayat Syahril Azmi Baharudin, 28, Mohd Hanafi Khalil, 24, kedua-dua dari Melaka dan Zahari Hassim, 46 dari Negeri Sembilan serta Colanggoy Errol Calaluan, 22, dari Filipina telah ditemui. Kapal tangki minyak itu meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha pada 2.32 pagi. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan