8 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.
Ini kerana, banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.
Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.
"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.
"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.
Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.
"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.
Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.
Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.
Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.
"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.
Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"
Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".
"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."
Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.
"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.
"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.
harakahdaily/-
6 ulasan:
Kisah hutang tak pernah habis. Lagi lama bekerja lagi banyak hutang. Jelajahlah seluruh jabatan kerajaan lihatlah fenomina habit berhutang. Malah ada yang esok lusa nak pencen masih mahu berhung terutama peminat menukar kereta sampai bila pun tak habis.
Yang mahu terus kerja tu ramai orang malas. Orang rajin kerja akan bersara awal kerana terlalu hektik dengan tugas. Lihatlah dengan mata hati juga.
Berilah peluang jenerasi baru mimbina negara dengan maklumat dan ilmu terkini.
saya sokong umur persaraan kakitangan awam 55 tahun.bila ada orang bersara, anak-anak muda boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut.
dulu bapa saya kakitangan awam.busuh am sahaja. apabila pencen pada umur 55 tahun, pencenya hanya rm200 sebulan. jumlah pencen ini tidak cukup untuk menampung kos hidup selepas bersara apatah lagi terdapat anak-anak yang masih bersekolah. hal ini menyebabkan bapa saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menambah pendapatan.
isunya disini, walaupun saya menyokong penuh pencen kakitangan awam pada umur 55 tahun tapi bagi sesetrengah kerjaya terutama gred rendah, elok lah diberi pilihan jika mereka ingin menyambung perkhidmatan. bagi jawatan bergred 29 ke atas , eloklah bersara sahaja. jika penjawat awam gred 29 bersara, pencen mereka lebihkurang RM1500 sebulan. lagi besar gred lagi banyaklah pencen mereka.
siapa yang hendak pencen 60 tahun ini?
pada saya yang inginkan pencen sehingga umur 60
penjawat awam bersatus PTD. kalau boleh mereka ni nak kerja sampai mati. gaji bukan main besar pulak. golongan PTD ini adalah pembuat dasar perkhdimatan awam. tidak logik jika mereka yang menuntut pencen 60 tahun.malulah mereka. jadai jika cuepac menuntut pencen 60 tahun, PTD inilah yg tumpang gembira.
satu lagi penjawat awam yg bergaji rendah. bila pencen.pencen mereka akan rendah. mereka rasa tidak cukup. jika dapat bekerje lebih lama dan tangga gaji dapat dinaikkan, maka dapatlah lebih sikit pencen.
dan penjawat awam yang status kerjayanya tidak dikelaskan sebagai kerja yang memeningkan kepala. hari-hari buat kerja rutin. boss tak marah-marah. tak perlu nak fikir buat kertas kerja, pergi mesyuarat dan rancang macam-macam aktiviti dan laksanakan. mereka juga jika boleh nak kerja lama dalam perkhidmatan awam.
Siapa pula yg nak pencen awal. pastinya penjawat awam yg kerjayanya penuh tanggungjawab. kena banyak memikir.kadangkala kerjaya mereka memberi tekanan. pendek kata di tempat kerja kena kerja,,balik rumah masih ingat kerja lagi..
sekarang ini kerajaan cuba buka pemegang ijazah boleh mohon jawatan dengan kelayakan spm sahaja. apa yg saya nampak, peluang kerja sudah berkurangan. hal ini seolah-olah menyuruh anak-anak muda sambung belajar sampai ijazah supaya mereka lambat masuk ke alam pekerjaan. jika lepas spm hendak masuk perkhidmatan awam, peluang kekosngan sudah tidak ada. penjawat awam sedia ada lambat pencennya.60 tahun baru pencen. lagi lambat anak muda bekerja secara logiknya lagi lambat mereka berdikari dan kehidupan mereka perlu ditanggung oleh ibu bapa.
sebenarnya ramai penjawat awam yang berumur 55 tahun kebanyakan anak-anak mereka sudah tamat belajar. hutang kereta dan rumah juga sudah habis di bayar. pada usia itu mereka sudah tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi lagi. pendek kata kalau bersara pada usia 55 tahun, wang pencen yg diterima cukup untuk menyara kehidpuan, Lainlah halnya kalau semua hutang sudah bayar, anak sudah habis belajar tapi masih nak kerja, ini baru namanya tamak. pentingkan diri sendiri. jika mereka bersara, bukankah anak muda boleh mengambil alih jawatan mereka.
Catat Ulasan