18 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA ROMPIN - Seorang pemandu lori tanah terbunuh, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dipanah petir di dalam sebuah rumah pekerja ladang di Ladang Sungai Merbau, Ladang Yayasan Pahang, Kampung Pianggu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Nazrun Othman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Ikhwan Mohamad, 19, yang cedera pula terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama empat lagi rakannya berada di dalam rumah berkenaan.
“Difahamkan mangsa bersama empat lagi rakannya ketika itu sedang berborak kosong dalam rumah terbabit sewaktu hujan lebat, bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah akibat panahanpetir yang menyambar kepala mangsa,” katanya.
Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Tempua, Felda Selendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kesan terbakar serta lubang halus di bahagian kepala.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Selendang 1.
Beliau berkata, seorang lagi rakan mangsa yang masih cedera, kini dirawat di Hospital Mersing, sementara dua lagi rakan mereka yang juga pemandu lori masih belum dikenal pasti identiti mereka pula dirawat sebagai pesakit luar.
“Hanya seorang saja rakan mangsa yang terkena serpihan petir, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan kerana pada waktu itu, Mohd Ikhwan berhampiran dengan mangsa,” katanya.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan