18 Ramadhan 1433H. [MOD] -
SEGAMAT: Pencemaran air Sungai Juaseh yang terletak di Dun Kemelah di Parlimen Sekijang di sini cukup membimbangkan penduduk.
Difahamkan, sisa buangan berpunca dari kilang sawit yang berdekatan dan dibimbangi bakal menjejaskan kesihatan penduduk kampung sekiranya dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan tindakan pihak yang bertanggungjawab.
Menurut penduduk, apabila hari hujan, air sungai akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan berwarna hitam.
Lebih- lebih lagi ,terdapat sisa pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik, berdekatan dengan sungai tersebut.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Parlimen Sekijang, Normala Sudirman berkata, isu pencemaran air di Sungai Juaseh ini cukup membimbangkan penduduk kampung kerana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.
"Kita menerima aduan bahawa kemungkinan berlaku pembuangan sisa hasil kilang yang tidak mengikut sistem jadual berskala yang betul dari kilang sawit yang berdekatan," katanya kepada Harakahdaily.
"Ini bukan soal untuk menyuluh kelemahan sesiapa tetapi ini soal kebajikan penduduk. Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat dengan menyalurkan aduan ini dan mengemukakan bukti bergambar untuk kesejahteraan semua," katanya yang juga bekas calon Pilihan Raya Kecil Dun Tenang.
Katanya, pihaknya bersama penduduk juga akan mengadakan sidang media dan menghantar memorandum kepada pihak bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, beliau juga tidak akan teragak- agak untuk mendedahkan nama kilang yang menyebabkan pencemaran air sungai ini berlaku, jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan yang sewajarnya.
"Kita tidak mahu berlaku seperti isu Gas Ammonia di Sg. Gatom Labis beberapa tahun dahulu yang akhirnya menyebabkan penduduk kampung menjadi mangsa dan terpaksa berpindah kerana sesak nafas hingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tahap kesihatan mereka berada di tahap yang kritikal," katanya.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan