18 Ramadhan 1433H. [MOD] -
MUAR - “Makcik menggigil kesejukan apabila rumah dinaiki air banjir,” kata Morsidah Abd Rashid, 77, salah seorang penghuni daripada 80 rumah penduduk di Taman Jaya, Bakri, yang dinaiki air banjir kilat berikutan hujan lebat lebih tiga jam melanda kawasan berkenaan, semalam.
Menurutnya, dia menyedari rumahnya dinaiki air pada jam 3.30 pagi, sewaktu bangun dari tidur untuk masak hidangan bersahur.
Jelasnya, ketika itu hujan sangat lebat, dia tergerak hati melihat luar rumah melalui tingkap dan terkejut apabila mendapati air telah memenuhi ruang beranda rumah.
“Setengah jam kemudian, air mulai melimpah masuk ke dalam rumah sehingga mencecah ketinggian 0.25 meter,” katanya kepada Sinar Harian.
Morsidah yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal berseorangan di rumah sejak 30 tahun lalu dan terpaksa menyelamatkan beberapa barangan elektrik yang mula ditenggelami air sendirian.
Menurutnya, jika ikutkan keadaan fizikal memang tidak kuat, tetapi dia memaksa diri memunggah barangan di rumahnya perlahan-lahan.
“Habis semua almari, perabot dan pakaian rosak terkena air banjir,” katanya sambil menahan sebak.
Morsidah berkata, masalah banjir kilat kerap berlaku di kawasan berkenaan sejak sebuah perumahan baru dibuka beberapa tahun lalu dan didakwa berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak sistematik.
Menurutnya, dia sangat sedih dengan keadaan ini, terutamanya apabila mengenangkan Aidilfitri bakal menjelang kurang daripada 14 hari lagi.
“Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya segera kerana ia membebankan penduduk terutamanya dalam kalangan warga emas,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Rabuah Bonari, 53, berkata, dia yang sudah lali dengan masalah tersebut tetap menaruh harapan agar masalah itu diatasi segera.
Menurutnya, air banjir yang memasuki rumah akan mengambil masa selama satu hari untuk surut, tetapi jika hujan masih tidak berhenti, keadaan banjir mungkin menjadi lebih teruk.
“Banjir kilat kali ini antara yang terburuk sejak 32 tahun menetap di perumahan ini,” katanya yang pernah kerugian hampir RM5,000 berikutan masalah sama yang ber- laku sebelum ini.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan