24 Ogos 2012

Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa

5 Syawal 1433H. [MOD] -

Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.

Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.


Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).


Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.


Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.


Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.

Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.

Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.

Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.

Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun...tun.... nauzubillahiminzalik... nak marah camner skalipun janganla samakan syaitan dgn manusia...

Tanpa Nama berkata...

Kan mahathir memang dah terkenal dengan kejahilan dan kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

TDM guna peribahasa bahasa inggeris. Kalau diterjemah secara word for word begitulah bunyinya, tetapi dalam peribahasa maksudnya lain. Sila semak google seach on english proverb. Tq

Qaseh Bonda berkata...

Kesiannya kat dr. M yang dah mula melalut sampaikan tak kenal asal usul malaikat dan syaitan...yang mana kaca yang mana permata..yang mana dunia dengan tipu dayanya. Akhirat jua yang kekal abadi. Budak sekolah rendah pun tahu membezakan peranan antara malaikat dan syaitan.

Kalau dah pandai sangat dah semakin bodoh jadinya dia...bawak2lah bertafakur sejenak mengenang semula kekayaan yang ada untuk siapa, dari mana asalnya lalu ke mana akan dibawa sedang liang lahad setia menanti, entah2nya tinggal sippi2 saja lagi...padamkanlah segala dendam kesumat, Serahkan saja sifat dendam itu pada sang buaya bagi meneruskan legasi.

Fitrah manusia hanya menumpang sementara. Jobs yang genius pun dimatikan Tuhan ketika Apple sedang berbangga.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya sudah gila orang tua ni atau sudah sakit tua, banyak cakap banyak silap leih aik diam saja.