29 September 2012

Lagi isyarat pilihan raya tahun depan

NONE
13 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Perdana menteri melontarkan satu lagi isyarat bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada tahun depan apabila mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan mula disalurkan pada awal 2013.


"Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013," kata Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat kelmarin.



Pembayaran itu melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 dan bayaran RM250 kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000.



Najib berkata individu bujang berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.



Katanya, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada sebanyak RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang – melibatkan peruntukan RM3 bilion.



"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya lagi dalam ucapannya.



Selain bayaran BR1M, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan membayar bonus sebanyak setengah bulan gaji lagi kepada penjawat awam pada bulan Januari depan.



Bayaran berkenaan adalah sebahagian daripada pakej bayaran sebanyak sebulan setengah gaji yang diumumkannya dalam belanjawan tersebut.



Najib menyifatkan pembentangan belanjawannya bertemakan "Memakmur  Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.


Dalam belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion itu Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah subsidi RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012.

Berita asal-Malaysiakini/-

3 ulasan:

Pemuda PAS Kijal berkata...

duit lagi...

Tanpa Nama berkata...

lama2 pm xkn bt plhn ry ni....

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi manusia yang bertuhankan duit