14 Syawal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS tidak boleh menerima sama sekali tindakan sesetengah pihak yang menaikkan bendera bukan Jalur Gemilang pada sambutan ambang kemerdekaan malam semalam.
"PAS menuntut siasatan dijalankan serta merta untuk mencari dalang tersebut. Perbuatan ini sangat tidak wajar dan satu pengkhianatan kepada kesepakatan yang diterima pakai oleh rakyat Malaysia," tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sudah menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam isu menaikkan bendera Sang Saka Bangsa oleh pihak tertentu pada himpunan Janji Demokrasi di sekitar Dataran Merdeka malam semalam.
harakahdaily/-
1 ulasan:
Ade byk lagi isu yang boleh dimainkan..x guna main kan isu bendera merugikan masa..
de
Catat Ulasan