GELANG PATAH –
Ramai pihak menyuarakan kekesalan berhubung insiden simbah cat ke atas
billboard milik PAS Kawasan ini di premisnya, di Kampung Ulu Pulai,
dekat sini.
Bagi Normala Sudirman,
Penyelia Pusat Aduan Rakyak (PAR) Pemanis berkata kebobrokan pihak
tertentu untuk mengekalkan kuasa nyata bakal berakhir dan saat-saat
kehancuran itu sudah menampakkan riaknya berikutan dengan isu ini.
”Kami
menolak ‘budaya samseng dan politik tidak matang’ di Johor khususnya
dan juga Malaysia. Tunggulah saat kehancuranmu wahai… (Syaitan yang
dikenali ke?)” katanya lagi.
Sementara itu,
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor
Ungku Mahmood menyarankan agar Pakatan Pembangkang menubuhkan satu unit
Khas bagi membendung provokasi seperti ini dan tidak hanya bergantung
kepada pemantauan pihak berkuasa.
”Kita tak
perlu harapkan Polis, Hishamuddin dalam menangani isu sebegini lagi
(buat tambah marah ke PDRM aje. Mereka diarah majikan).
”Semoga
PAS dan PR tubuhkan unit khas untuk mengawasi dan bertindak cepat tepat
bagi hadapi pelbagai kejadian di masa depan,” katanya lagi.
Pun
begitu, berlainan pula nada Mohd Nazri, Ketua AMK PKR Johor, pihaknya
mempersoalkan tindakan ini adakah ia didalangi oleh satu pertubuhan
badan bukan kerajaan (NGO).
Hal ini kerana
menurut blog AMK Gelang Patah didakwa sebelum kejadian, salah seorang
ahli PAS telah menerima ugutan dari pimpinan NGO terbabit agar
menurunkan semua bendera parti Islam itu.
”Apakah
benar Perkasa dalang disebalik perbuatan khianat terhadap Markas PAS
Gelang Patah?” tanyanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan