15 Oktober 2012

Saman AES: Rompakan ‘berlesen’ di jalan raya

29 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 15 Oktober: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor yang dibantah kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga menghadapi isu sama. Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff mendakwa kamera AES dalam operasi percubaannya didapati gagal mengesan dengan tepat angka 0, 6 dan 9. “Pihak Kase mendapat maklumat yang mendakwa imej dirakam kamera AES ini sukar membezakan angka 0, 6 dan 9 pada waktu malam pada jarak agak jauh. “Kamera AES diuji pada 23 dan 24 September lalu. Sebanyak 952 imej kenderaan dirakam tetapi lebih 100 imej tidak sah. Kita mahu penjelasan adakah imej itu tidak sah kerana sistem gagal membezakan angka tertentu pendaftaran kereta?” katanya. Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan apakah status sistem AES. Adakah sudah berkuatkuasa atau masih dalam ujian. “Saman dilaporkan sampai ke alamat penerima dalam lima hari. Tetapi setelah sebulan tiada seorang pun dapat. Adakah kamera masih dalam ujian atau ada masalah lain? “Kita juga mahu penjelasan mengenai 3,842 kemera perangkap had laju PDRM sedia ada. Kenapa tidak dinaiktaraf kamera tersebut dan kerajaan mengutip saman?” katanya. Saman minimum RM300 Zulhazmi mendakwa kerajaan menaikkan had minimum saman trafik semata-mata untuk memudahkan pengiraan kutipan bayaran saman syarikat yang mengendalikan AES. ”Jika dahulu pesalah trafik akan dibicara di mahkamah dan denda atas budi bicara majistret, sama ada RM100 atau RM200. Dengan denda minimum, syarikat pengendali AES akan mendapat RM16 setiap saman,” katanya. Keadilan Daily

1 ulasan:

Unknown berkata...

kemalangan di jalanraya bukan hanya disebabkan kelajuan semaat-mata, banyak faktor lain seperti, mabuk, terlelap, brek rosak, jalan berlubang, mengelakkan sesuatu di atas jalan, kurang cekap, tayar botak, jalan licin, kecuaian pemandu lain dan bermacam-macam lagi..TETAPI kenapa hanya dipersalahkan dan didenda kepada mereka yang memandu laju sehaja? Malahan ketika gambar diambil oleh AES, kesalahan pemandu cuma memandu melebihi hadlaju di tempat dan ketika itu dan pemandu tidakpun menyebabkan kemalangan dimasa itu. AES tidak adil. Ia hanya muslihat terancang UMNO untuk merompak rakyat.

Kos yang terlibat untuk projek AES ini pun tidaklah sampai beratus juta atau berbilion juta. Kos yang diwar-warkan oleh UMNO hanya untuk mejustifikasikan kos yang telah ditokok tambah supaya UMNO dapat RM1.2 bilion setahun.

Sila baca di sini:http://hornbillunleashed.wordpress.com/2012/11/14/37384/

dan di sini untuk Bahasa Inggeris; http://unofficialversion.wordpress.com/2012/10/31/umno-is-too-much-aes-highway-robbery-of-rm1-2-billion-a-year/

dan di sini untuk terjemahannya dalam Bahasa Melayu; http://unofficialversion.wordpress.com/2012/10/31/umno-semakin-rakus-aes-hanya-satu-rompakan-jalanan-rm1-2-billion-setahun/