15 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Alkisah seorang petani -- kehidupannya diringkaskan seperti di bawah.
Pendapatan --> Hasil tanaman bergantung pada harga pasaran
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapatan (kos)
Tanah --> disewa daripada tuan tanah
Air --> bil air dibayar ke tuan tanah
Cangkul tempatan --> harga pasaran berdasarkan harga import cangkul luar negara oleh tuan tanah
Baja --> harga pasaran berdasarkan tuan tanah
Makanan seharian --> harga pasaran bergantung pada nilai baja
Petani
ini hidup di tanah Tuan Tanah Lama yang juga pengeluar baja - akan
tetapi pemerintah tidak dapat mengurangkan harga baja, malah harga
meningkat.
Disebabkan itu, kos makanan seharian juga meningkat kerana kos tanaman sayur-sayuran dan hasil buah meningkat kerana harga baja.
Kadar air pula tinggi dan tanah yang disewa tetap perlu dibayar sewa.
Lebih
sedih, harga cangkul tempatan tinggi disebabkan tuan tanah mengenakan
cukai lebihan pada cangkul yang diimport daripada luar negara kononnya
untuk melindungi pasaran harga cangkul tempatan.
Apabila kos semakin meningkat, duit dalam tangan petani semakin berkurang.
Pada satu hari, datang seorang Tuan Tanah baru untuk mengurangkan beban petani.
Tuan Tanah Lama takut kehilangan petani ini mengisytiharkan:
Imbuhan duit sekaligus RM500 untuk membeli cangkul.
Imbuhan duit sekaligus RM250 untuk membeli baja.
Mengurangkan sewa tanah sebanyak 1 peratus untuk tahun depan.
Ingat,
duit Tuan Tanah Lama datang daripada mana? Daripada petani juga -
daripada harga cangkul, harga baja, bil air dan sewa tanah - jadi
imbuhan tersebut hanyalah menggunakan duit petani untuk dipulangkan
kepada petani sebagai imbuhan.
Tuan Tanah Baru pula memberitahu petani baru:
Mengurangkan cukai pada cangkul, dengan ini harga cangkul tempatan akan jatuh.
Free air - 20m3 pertama.
Kurangkan harga baja secara sistematik dan kurangkan monopoli.
Mereka tidak akan memberi imbuhan duit, tetapi mereka akan melaksanakan perubahan pada sistem...
Petani
menjadi sangat keliru dengan dua-dua tawaran terbabit. Tuan Tanah Lama
asyik menghasut bahawa tawaran Tuan Tanah Baru tidak boleh dilaksanakan,
dan imbuhan yang mereka berikan cukup lumayan.
Tuan Tanah Baru
pula mengingatkan petani, masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan
menerima sejumlah duit - kerana duit yang diterima hanyalah sementara,
pendapatan mereka tetap tidak cukup kerana kos akan sentiasa meningkat
di bawah Tuan Tanah Lama. Tawaran mereka, ya, tidak diberi imbuhan wang,
tetapi segalanya adalah berkisarkan untuk mengurangkan kos-kos yang
menghimpit kehidupan mereka.
Petani harus berfikir sejenak:
1.
Jika mereka menerima tawaran Tuan Tanah Lama, adakah masalah yang
mereka hadapi sekarang tidak akan lagi berulang pada tahun kedua? Ya,
tahun pertama mereka akan berasa lega sedikit, tapi tahun kedua dan
ketiga bagaimana pula? Dapatkah mereka menyewa lebih banyak tanah untuk
diusahakan pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya? Sudah 50 tahun
keadaan tidak berubah... apakah ini akan berubah?
2. Apa pula
yang petani dapat daripada Tuan Tanah Baru? Kos baja yang semakin
menurun maka kos makanan menurun, kos cangkul menurun, lebih banyak
pendapatan dapat disimpan pada tahun pertama, kedua dan ketiga, maka
lebih banyak tanah yang disewa maka lebih pendapatan yang dapat dijana
pada tahun-tahun berikutnya... Apabila lebih banyak tanah disewa, maka
Tuan Tanah Baru juga mendapat untung yang lebih untuk cover pengurangan
kos... Ya, ia tidak pernah dicuba, tapi apakah ia tidak berbaloi untuk
dicuba untuk sekali ini?
Jika anda adalah petani tersebut, siapa
yang anda patut pilih? Ambillah analogi ringkas ini untuk bandingkan apa
yang ditawar BN dan PR dalam belanjawan mereka - dan buatlah keputusan
dengan bijak.
Sekadar celoteh pagi Isnin. Jika ok, kongsilah dengan rakan-rakan di luar sana. Senyum.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan