Jitra: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas
lalu melanggar tembok pembahagi kaunter di Plaza Tol Jitra di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Ng Hock Yong, 55, yang memandu kereta PROTON Saga dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu sendirian dari arah Alor Setar menghala ke Jitra.
Mangsa yang juga seorang mekanik gagal mengawal kenderaannya sebelum
merempuh tembok yang terletak kira-kira tiga meter dari kaunter tol
menyebabkan kecederaan parah di kepala dan kedua-dua kaki sebelum mati
di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa yang menetap di Taman Gunung Ledang, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, berkata seorang jurutol yang tergamam apabila melihat kereta mangsa meluru laju ke arahnya bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
“Dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kereta mangsa hanya merempuh tembok pada jarak tiga meter dari kaunter tol terbabit. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Ng Hock Yong, 55, yang memandu kereta PROTON Saga dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu sendirian dari arah Alor Setar menghala ke Jitra.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa yang menetap di Taman Gunung Ledang, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, berkata seorang jurutol yang tergamam apabila melihat kereta mangsa meluru laju ke arahnya bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
“Dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kereta mangsa hanya merempuh tembok pada jarak tiga meter dari kaunter tol terbabit. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian,” katanya.
berita harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan