15 November 2012

Wanita Indonesia didakwa dirogol polis mahu pulang

1 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Wanita Indonesia yang didakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Pulau Pinang mahu kes itu diselesaikan dengan segera supaya dia boleh kembali ke negaranya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan mesej tersebut hari ini selepas mengunjungi konsulat Indonesia, tempat wanita berusia 25 tahun itu ditempatkan sekarang.

Lim, yang diiringi Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata mereka mahu memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut dan rakyat Indonesia amnya"

Lim berkata apabila kejadian itu diketahui, beliau berada di luar negara di Australia.

Menurutnya, beliau akan bercakap dengan pihak polis Pulau Pinang untuk mempercepatkan kes tersebut supaya wanita berkenaan boleh pulang secepat mungkin.

NONE
"Inilah sebabnya mengapa kita minta Jawatankuasa Bebas Pemantau dan Perilaku Polis ditubuhkan supaya polis tidak akan melakukan perkara-perkara seperti itu," kata Lim kepada pemberita.

"Kami benar-benar mengutuk perbuatan kejam itu dan kita berdiri dengan rakyat Indonesia yang mahu melihat keadilan dilaksanakan," tegasnya.

Lim kemudiannya menawarkan  bantuan kerajaan negeri sekiranya diperlukan oleh wanita berkenaan atau pihak konsulat.

Lim dan rombongannya bertemu dengan Pemangku Konsul Besar Indonesia, Sofiana Mufidah (atas) yang mengesahkan bahawa mangsa berada dalam kesihatan yang baik.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikalang....tatak boleh halap....ooo..mau hentam saja..cilakak punya
olang...