03 Januari 2013

Perogol gadis India cuba larikan diri

20 Safar 1433H. [MOD] -
Perogol gadis India cuba larikan diri

Rakyat India bertegas mahu penjenayah yang memperkosa mangsa dihukum mati.
NEW DELHI - Kumpulan lelaki yang memperkosa pelajar perubatan berumur 23 tahun di dalam bas bulan lalu, dipercayai cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sejurus menyerang.

Menurut polis, selepas hampir sejam memperkosa mangsa secara bergilir-gilir dan memukul teman lelakinya, kedua-dua mereka dibuang ke tepi jalan.

"Mangsa dan teman lelakinya dibogelkan kemudian ditinggalkan di tepi jalan," menurut laporan akhbar India Express.

Mangsa yang juga pelajar perubatan kolej tempatan meninggal dunia sewaktu dirawat di sebuah hospital di Singapura minggu lalu.

Doktor mengesahkan, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian organ dalaman badan dan hanya sempat menjalani tiga pembedahan utama.

Setakat ini, lima suspek telah ditahan dan akan dibicarakan hari ini atas pertuduhan membunuh serta memperkosa.

Suspek keenam pula merupakan remaja berumur 17 tahun dan dijangka melalui perbicaraan di mahkamah juvana.  - Al-Jazeera

Tiada ulasan: