20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan akan bertemu dengan delegasi
Hamas pada 1 Februari ini.
Dua
pemimpin Hamas tersebut adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan balu
salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi, yang syahid pada 2004.
Pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, di Merchant Square, Petaling Jaya, jam 10 pagi.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat
mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf
aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail
Haniyeh sebagai Perdana Menteri.
Katanya, Pakatan juga secara konsisten termasuk pada sidang Parlimen
Disember 2012, mengutuk keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan