2 Rejab 1434 H. [MOD] -
KAHERAH - Umat Islam di seluruh dunia mengutuk tindakan pencerobohan Israel terhadap Syria yang cenderung untuk menyokong militan di tanah jajahan Arab.
Dipetik Al-Jazeera, Stesen televisyen antarabangsa melaporkan, ribuan masyarakat Islam di beberapa buah negara mengadakan perhimpunan pada Jumaat lalu dengan slogan menyelar rejim Zionis selain membakar bendera Israel.
Ribuan penduduk Kaherah berhimpun di jalan utama melaungkan slogan 'Israel Musuh Islam' selain menggesa Zionis dan sekutunya ditumbangkan.
Penduduk Iran juga turut melakukan protes yang sama di Dataran Teheran serta beberapa bandar lain sambil mengutuk tindakan kurang bermoral Israel.
Di Kashmir, India pula , ratusan penunjuk perasaan membakar patung Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan sekutunya Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang didakwa 'individu utama' mencampuri hal ehwal dalam negara Syria.
Penunjuk perasaan mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Israel serta ejen perisikan Mossad menjadi dalang kepada persengketaan puak antara masyarakat Islam di Syria, Iraq, Somalia dan Afghanistan.
Sementara itu, stesen TV Syria melaporkan, tentera Zionis telah membedil pusat penyelidikan Jamraya di barat laut Damsyik.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan