01 Mei 2013

Pengundi Cina dan India dalam satu rumah

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa hari ini mengemukakan bukti berhubung pertindihan alamat dua pengundi yang berlainan bangsa.

Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, pihaknya mengesan dua pengundi masing-masing Cina dan India di alamat yang sama.

Nama Low Pek Hun dan Savindilah A/P Suppan ditemui di alamat B-5-14, PPR Cochrane Perkasa, Jalan Nakhoda Yusof, 55100 Kuala Lumpur.

"Pihak kami menemui sendiri pengundi di alamat ini dan memang ada seorang pengundi iaitu Low Peh Hun. Savindilah memang tak ada di alamat itu.

"Macam mana dalam masa dua tiga hari lagi nak mengundi, masalah pertindihan alamat pengundi belum selesai," kata beliau pada sidang media di Pusat Media parlimen Titiwangsa, Kampung Baru hari ini.


Johari tidak berani debat

Sementara itu beliau kesal dengan keengganan calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani hadir ke dialog mengenai masa depan kapung Baru yang dianjurkan anak-anak Kampung Baru sendiri.

Beliau berkata, Task Force Kampung Baru menghantar surat jemputan seminggu awal mengenai dialog tersebut.

Johari bagaimanapun memberi alasan beliau tidak menerima surat tersebut dan memberi alasan tidak mahu berdebat kerana mahu memberi fokus kepada program kempen.

"Task Force Kampung Baru dah bagitahu awal-awal, program itu program dialog dengan penduduk, bukan debat.

"Saya menunggu beliau sehingga jam 10.30 malam dan saya datang dengan persediaan dokumen-dokumen mengenai Kampung Baru.

"Sepatutnya Datuk Johari boleh guna peluang tersebut untuk terangkan apa agenda beliau terhadap pembangunan Kampung Baru," katanya.

Sebelum ini, Johari juga tidak hadir ke jemputan debat mengenai masa depan OKU anjuran Sekretariat OKU Bangkit.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: