10 Jun 2013

Dr Dzulkefly wakili PAS, senang kalau tugas spesifik

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,10 Jun 2013
(Dr Dzul, Saifudin dan Teresa...tiga Pegawai perhubungan Politik Selangor)

KUALA LUMPUR: Dengan pemilihan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat Menteri Besar Selangor dari PAS, lengkaplah sudah perlantikan mereka.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat MB Selangor diikuti dengan DAP menamakan Teresa Kok sebagai wakil parti itu.


Namun begitu, timbul persoalan 'apa kerja utama mereka' kerana ia adalah perlantikan pertama pernah dibuat sebegini di Selangor.



Dr Dzulkefly ketika mengulas perlantikan ini berkata, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan parti melantik beliau.



"Namun sehingga kini, apa tugas, saya belum pasti," kata beliau.



Beliau juga bimbang kalau-kalau berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab antara ketiga-tiga mereka memandang semuanya bekerja untuk kepentingan Pakatan Rakyat.



"Mungkin saya lebih senang kalau setiap kami diberikan tugas yang spesifik bidangnya," kata Dzulkefly yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.



Dalam pilihan raya lalu, Saifudin kalah di parlimen Kulim Bandar Baharu, Dr Dzulkefly pula kalah di Parlimen Kuala Selangor manakala Teresa Kok menang di parlimen Seputeh.



Sebelum ini, Teresa adalah exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Tiada ulasan: