1 Syaaban 1434 H. [MOD] -
PAS menolak gesaan beberapa NGO yang mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.
Setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen, esok.
Mustafa dalam satu laporan Sinar Harian berkata, tindakan itu selari dengan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan baru-baru ini, kita telah putuskan untuk tidak menghadiri taklimat Parlimen. Pendirian PAS adalah berdasarkan keputusan ini.
"Semua MP PAS akan tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa. Tidak mungkin kita akan boikot Parlimen, hanya taklimat saja kita tidak pergi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Katanya lagi, sesi taklimat itu hanya untuk memperkenalkan muka baru dan bukannya sebahagian daripada sidang Dewan Rakyat.
Kumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa MP Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun itu.
Jurucakapnya Badrul Hisham Shaharin berkata, wakil rakyat terbabit masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.
Kumpulan itu pada 6 Jun lalu mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.
4 ulasan:
KAH...KAH....KAH lajunya mustapa menjawab. UG memberi sokongan pada ameno.
ni lah masalah dlm PAS dari dulu lagi.Terlalu selesa dengan apa yg ada sedangkan setiap kali pilihanraya dlm ceramah dikatakan berlakunya penipuan...tak tau le sampai bila hangpa nak berani sikit untuk memberi satu kelainan. bercakap dlm parlimen tak ada apa pun yg berubah Umnoo tetap laksanakan apa yg mereka rasa selamat.
Tekanan perlu sebagaimana yg pernah ditunjukkan oleh DS Nizar. ini yg anak muda mahukan bukan sekadar menadah tangan krn melayu mudah lupa
PAS selesa setakat jadi pembangkang je..
Elok la tu.. Ikut keputusan mesyuarat, bukan ikut kepala hotak hampa!
Catat Ulasan