11 Jun 2013

Tempoh petisyen PRU13 berakhir esok

2 Syaaban 1434 H. [MOD]
Harakahdaily,11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu.





Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Tiada ulasan: