14 Julai 2013

Puting Beliung Soulik landa China, ratusan ribu penduduk berpindah

5 Ramadhan 1434 H. [MOD]

BEIJING: Puting beliung kuat melanda tenggara China hari ini sehingga memaksa ratusan ribu penduduk di wilayah pesisir pantai berpindan selepas membadai utara Taiwan yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.
Puting beliung Soulik menyebabkan sistem pengangkutan dan perdagangan di seluruh Taiwan terjejas dengan anggota kecemasan di Taiwan masih bertungkus-lumus untuk mengembalikan semula tenaga elektrik untuk kira-kira 520,000 kediaman dan mengalihkan ratusan pokok yang tumbang di jalan raya.

Kali ini taufan melanda wilayah China di Fujian pada petang semalam, dengan kelajuan angin 119 kilometer sejam, demikian menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan China.
Kira-kira 300,000 penduduk di Fujian terpaksa dipindahkan dari rumah mereka, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Di Fujian dan Zhejiang, satu lagi wilayah pesisir pantai, perkhidmatan kereta api digantung sementera manakala penerbangan dibatalkan dengan bot nelayan diarah kembali ke pelabuhan.
Perkhidmatan kaji cuaca China memberi amaran kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir. - AP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu belum taufan chua soulik. Kalau tidak terlondeh abis seluar penduduk.