14 Julai 2013

Wang besar’ untuk pertahan Kuala Besut

5 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily/-


BESUT: PKR yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan sejumlah wang yang agak besar untuk memancing undi bagi mengekalkan kemenangannya di Kuala Besut.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata Umno BN akan menjadikan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan dan Idulfitri ini bagi menyongok para pengundi.


“Saya juga dimaklumkan oleh kerana sambutan hari raya sudah dekat mereka (BN) gunakan kesempatan ini untuk duit raya, majlis berbuka puasa besar-besaran dan pelbagai bentuk untuk menyogok pengundi,” ujarnya kepada media, kelmarin.

Apa yang penting, katanya kesedaran rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih serta pemimpin yang amanah.

Menurutnya, politik wang atau rasuah politik mesti dihentikan segera kerana bakal memudaratkan sesebuah negara serta meruntuhkan tamadun.

“Kita tidak risau BN menggunakan politik wang dalam semua tindakannya tetapi yang penting ialah kesedaran rakyat bahawa kita mahu sebuah kerajaan yang bersih dan pemimpin yang amanah.

“Mereka (BN) menggunakan wang yang besar dalam pilihan raya. Jika budaya ini disuburkan adalah amat malang bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,” katanya.

Namun, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yakin dengan sifat peribadi calon Pakatan Rakyat dari PAS mampu memberi lonjakan serta harapan untuk menang PRK ini.

Menurutnya, calon PAS tersebut bukan sahaja popular dikenali dengan perwatakan pemurah serta disukai ramai
.

Tiada ulasan: