10 Ogos 2013

6,000 tunggu duit zakat adik tiri Soeharto

3 Syawal 1434 H. [MOD] -

BERIBU-RIBU penduduk Yogyakarta memebanjiri kediaman ahli perniagaan terkemuka Indonesia Probo Sutejo untuk mendapatkan bantuan zakat. - AGENSI

YOGYAKARTA - Beribu-ribu penduduk membanjiri kediaman ahli perniagaan terkemuka Indonesia Probo Sutejo di Jalan Polowijan, di sini, baru-baru ini.

Penduduk dari pelbagai kawasan di Yogyakarta itu datang ke rumah Probo untuk mendapatkan duit zakat daripada adik tiri kepada bekas Presiden Soeharto itu.


Seorang penduduk, Kardiyah, 66, berkata, dia berjalan kaki selama kira-kira dua jam dari rumahnya bersama suaminya semata-mata untuk mendapatkan bantuan dana yang tidak diketahui jumlahnya itu.

Tinjauan yang dilakukan oleh Tribunnews juga mendapati beribu-ribu orang beratur di depan rumah Parabo sejak pagi, tetapi masih belum dapat memasuki pintu utama.

Kekecohan hampir tercetus kerana penduduk mula bosan selepas terpaksa menunggu berjam-jam lamanya, tetapi dapat dikawal oleh beberapa anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Seorang kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang zakat itu, Agung berkata, kira-kira 6,000 orang telah berada di dalam kediaman Probo menyebabkan pintu pagar terpaksa ditutup.

"Kediaman Probo telah sesak dan kami terpaksa menutup pintu pagar. Kali ini jumlah penduduk yang datang sangat ramai, tidak seperti tahun sebelumnya," katanya. - AGENSI




Tiada ulasan: