Harakahdaily, | 11 Ogs 2013 |
(Mendan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator)
MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik.
Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.
Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah.
Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik.
Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi.
Kesemua mereka mahu bergabung dengan jutaan penunjuk perasaan di medan tersebut yang mana sedang diancam dengan serbuan serta penyeleraian dengan kekerasan oleh para perampas kuasa.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis Mesir dilaporkan telah menyerbu kediaman salah seorang pemimpin Ikwan Muslimin awal pagi tadi.
Difahamkan sebuan ke kediaman Sobhi Soleh di Iskandariah dibuat kira-kira jam 3.15 pagi tadi, bagaimanapun Sobhi tiada di rumah kecuali seorang anak perempuannya.
Sumber Nabat Rabaah menyebut, polis menahan anak perempuan Sobhi yang juga seorang doktor untuk mengetahui dimanakah kedudukan bapanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan