04 August 2013

Jepun lancar roket kargo, robot ke stesen angkasa lepas

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


TOKYO: Jepun hari ini melancarkan roket kargo yang memuatkan bahan bekalan untuk anak kapal Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) serta sebuah robot kecil untuk menjadi 'rakan' seorang angkasawan negara itu. 

Roket H-2B dilancarkan di pulau selatan Tanegashima tepat jam 4.48 pagi waktu tempatan (1948 GMT - Sabtu) dengan imej pelancaran itu disiarkan oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA). 


Menurut JAXA, pelancaran roket ke ISS itu berjalan lancar mengikut jadual.


“HTV4 dipisahkan dari roket mengikut jadual dan akan meneruskan perjalannya ke ISS," kata jurucakap JAXA ketika siaran itu dipancarkan di internet. 

Roket kargo itu membawa bekalan air minuman, makanan, pakaian dan peralatan kerja untuk enam anak kapal di ISS. 

Robot kecil yang mampu bercakap itu direka bentuk untuk menjadi rakan berbual angkasawan, Koichi Wakata, yang bakal tiba di ISS tahun ini. 

Robot berukuran 34 sentimeter tinggi dan berat satu kilogram yang dinamakan Kirobo itu mempu berkomunikasi dalam bahasa Jepun dan merekod setiap perbualan dengan Wakata yang menjadi angkasawan pertama Jepun mengetuai ISS nanti. - AFP

No comments: