04 August 2013

Pemimpin Kelantan bersama perantau 2 Syawal


26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantaun dijemput hadir pada program Aidilfitri pimpinan kerajaan dengan anak Kelantan di perantauan.


Program yang dianjurkan setiap tahun untuk meraikan anak perantau itu akan diadakan pada 2 Syawal bertempat di Dewan Jubli Perak, di sini bermula jam 8.00 malam.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, majlis berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yakob.



"Inilah masanya peluang untuk kita beramah mesra dengan beliau memandangkan Aidilfitri tahun ini buat julung kalinya beliau memegang jawatan itu,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan rakan media anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan.



Program itu juga dianjurkan urusetia penerangan dengan kerjasama Anak Kelantan di perantauan.



"Saya berharap anak anak Kelantan diperantau dapat mengambil peluang untuk hadir dan beramah mesra bersama pimpinan," ujarnya.

No comments: