05 Ogos 2013

Putrajaya terlebih bertindak terhadap video pelatih anjing Muslim, kata Anwar

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kerajaan terlebih bertindak dalam isu video anjing, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.
Kerajaan terlebih bertindak dalam isu video anjing, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.
Kerajaan dilihat "terlebih bertindak" dalam tindakan mereka berhubung video kontroversi anjing dan Aidilfitri, Maznah Mohd Yusof apabila menjadikan video berkenaan isu nasional, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Video berusia tiga tahun itu memaparkan anjing dimandikan pelatihnya dan diberikan kuih raya dengan berlatarbelakngkan lagu Hari Raya.
"Sepatutnya dipanggil dan beri nasihat supaya dia (Maznah) jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Kenyataan Anwar itu dikeluarkan selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meutuskan video berkenaan menghina Islam dan akan mengambil tindakan terhadap Maznah.
Anwar turut membandingkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang secara terang-terangan terlibat dengan kegiatan perjudian dan penjualan arak namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
"Orang Islam pegang San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," soal Anwar.
"Kita perlu dilihat telus, jujur, dan ikhlas," kata pemimpin pembangkang itu lagi.
Meskipun mengakui Jakim memainkan peranannya, Anwar bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu perlu memfokuskan kepada isu yang lebih besar.
Maznah ditahan pada Rabu dan direman selama dua hari di Segamat bagi membantu siasatan berhubung rakaman video klip berkenaan.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 
themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: