KUALA LUMPUR: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November nanti.
“Dalam Belanjawan November nanti, kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.
“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” katanya dipetikSelangorku.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pandamaran, Klang semalam.
Ujarnya, pada ketika ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab negeri sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.
“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.
“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

4 ulasan:
apa manfaat kepada rakyat?
banyak..cuma perlu buka minda mu saja..
banyak..cuba buka minda mu tu..
Kearah meminimumkan ketirisan dan rasuah. Kami rakyat selangor lebih gembira kini
Catat Ulasan