05 August 2013

Kelantan umum 11 Ogos cuti peristiwa

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 Ogos 2013 ini sebagai hari cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini.

"Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.

Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.

No comments: