05 Ogos 2013

Salam Aidil Fitri Dari PAS Sarawak Untuk Semua


27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, segala persiapan sudah disediakan untuk menyambut hari yang mulia itu. Ramai juga yang sudah bergerak balik kampung samada menggunakan jalan darat, air dan udara.


Kepada mereka yang hendak balik kampung, utamakan keselamatan diri dan juga keluarga, jangan berebut-rebut semasa naik bas, bot express dan sebagainya agar tidak berlaku kejadian tidak diingini terjadi. Semoga sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Kita di Malaysia cukup bertuah kerana dapat hidup aman damai walaupun kita hidup dalam keadaan masyarakat yang berbagai kaum dan agama.

Kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan suka menghina anutan atau kepercayaan agama lain kalau mahu melihat masyarakat kita hidup dalam keharmonian.

Sempena menyambut perayaan Hari Raya yang mulia ini, saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Muslim khasnya dan juga kepada semua kaum agar kita sama-sama dapat meraikan perayaan ini dalam  suasana riang, aman dan harmoni tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebarang kesilapan dan kesalahan harap dapat dimaafkan, semoga kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai selalu walaupun kita berlainan fahaman politik tapi kepercayaan kita sama iaitu Allah itu Esa, Tuhan semesta alam dan untuk semua manusia.

Maaf Zahir dan Batin dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

Tiada ulasan: