19 Ogos 2013

Raba'ah, Ramsis jadi medan berdarah

12 Syawal 1434 H. [MOD] -
(Samseng bersenjata, dan polis mengepung Masjid Al-Fath, Ramsis)

MESIR: Selepas berjaya "membersihkan" Medan Raba'ah, yang menyaksikan ribuan rakyat Mesir terkorban digempur tentera Rabu, 14 Ogos lalu, pihak tentera terus memburu rakyat yang berkumpul dan berlindung di Medan Ramsis.

Pada Jumaat lalu, Medan Ramsis menjadi pusat himpunan "Jumaat Kemaraan" oleh penyokong legitimasi bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakan mereka oleh tentera di Medan Raba'ah sebelum ini.

Himpunan itu bagaimanapun juga turut berdepan serangan peluru hidup pihak keselamatan Mesir yang kononnya atas alasan mahu "menyuraikan himpunan" yang mengakibatkan ratusan penyokong Morsi terkorban dan ribuan lagi cedera.

Masjid Al Fath, yang menjadi tempat berlindung dan tempat pengumpulan jenazah yang terkorban juga di kepung dan diserang oleh samseng upahan dan pihak polis.

(Kepulan asap gas pemedih mata yang ditembak ke dalam masjid Al-Fath)

Mereka memaksa penyokong Morsi termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung didalamnya keluar, dengan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Tidak cukup dengan itu, penyokong Morsi yang bertindak keluar dari masjid itu akibat kelemasan asap gas pemedih mata, dupukul pula oleh pihak samseng upahan serta polis sebelum ditahan.

Pasukan tentera dan polis menempatkan penembak tepat di atas bangunan-bagunan termasuk di menara masjid bagi memudahkan "operasi pembunuhan" tersebut.

Pihak Hospital Lapangan Ramsis menyebut, lebih 150 korban dicatatkan dan ratusan lagi cedera akibat serangan terbaru di Ramsis itu.

Cucu Hassan Al-Banna antara terkorban

Dalam pada itu, serangan di Ramsis itu menyaksikan cucu kepada Imam Hassan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin), Khaled Al Banna, 30, terkorban.

Turut menjadi mangsa kekejaman tentera termasuk Ammar Muhammad Badie' iaitu anak lelaki kepada Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Muhammad Badie'.

Kedua-dua mereka terkorban selepas terkena tembakan peluru hidup.

Selain mereka, turut menjadi mangsa korban adalah penyanyi terkenal Mesir Mohamed Bayomi dan ahli gusti Abdul Rahman Al Tarabilee (gambar).

Operasi tangkapan

Sementara itu, pasukan tentera dan polis mesir kini menjalankan operasi tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin dan parti Islam lain.

Dilaporkan ribuan telah ditahan oleh tentera atas tuduhan kononnya mencetuskan keganasan dan memiliki bom dan senjata api.

Tindakan kerajaan sementara itu juga dipercayai bertujuan melemahkan Ikhwan Muslimin di mana mereka kini sedang berusaha untuk mengharamkan gerakan Islam itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Akhi Ikhwanul Muslimin dan muslim ummah!!! Ayuh bangun berjihad menentang puak2 munafikun As Sisi dan tentera2 dajalnya!! Ayuh..samada mencapai kemenangan atau syahid, insyaallah!! Mereka ini telah melampaui batasan!