25 Ogos 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS meriah

18 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lebih 20 menu istimewa disediakan buat pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri PAS bertempat di Kelab sultan sulaiman hari ini.

Menu utama yang tidak pernah dilupakan setiap kali rumah terbuka diadakan adalah satay dan lemang. 

Juadah  tradisional pula turut menjadi pilihan utama pengunjung termasuk tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang.


Menu yang lain termasuk nasi dagang, cendol, mee goreng, dan beraneka kuih raya yang lain.


Kelihatan ramai tetamu yang berpusu-pusu menghala masuk ke padang kelab ini walaupun hujan sedang mencurah-curah ketika ini.

Kanak- kanak pula kelihatan ceria apabila pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyampaikan duit raya kepada mereka.

Rumah terbuka ini juga turun menghidangkan hiburan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Seri Bulan yang cukup menghiburkan dengan lagu versi Hindustan.

Menurut pihak penganjur, makanan yang disediakan dalam jamuan Aidilfitri kali ini adalah untuk kapasiti 20,000 orang
.

Tiada ulasan: