02 Ogos 2013

Sony edar telefon paling nipis

24 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Sony Mobile Communications semalam mengadakan pameran jenama baharunya Xperia Z Ultra, iaitu telefon pintar paling nipis dunia yang kini sudah berada di pasaran Malaysia.



Kami amat teruja untuk membawa Xperia Z ultra ke Malaysia, hanya selepas sebulan selepas pengumuman globalnya, iaitu pada 25 Jun, kata Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara dan Oceanianya, Jason Smith, selepas pelancaran produk itu.
Beliau menjelaskan, peranti itu direka khusus untuk pengguna Asia yang mahu meninjau telefon pintar premium yang menawarkan pengalaman luar biasa dalam peranti hiburan yang lengkap.
Telefon pintar 6.4 Full HD Triluminos Android yang dijual pada harga RM2,299 itu boleh didapati dalam warna hitam dan putih.
Antara ciri utamanya ialah kalis air, kalis habuk, reka bentuk tahan lasak dan dilengkapi kamera 8 megapiksel dengan sensor "Exmor RS for mobile" dan HDR bagi video dan foto.

Tiada ulasan: