22 September 2013

Jawatan Ketua Wanita menyaksikan saingan tiga penjuru


15 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Saingan bagi jawatan Ketua Wanita Umno bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru, selepas bekas timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan (gambar) menghantar borang penamaan calon pada saat akhir hari ini.
Dengan perkembangan terbaru ini, penyandang Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Jalil tidak mendapat laluan mudah untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Maznah, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, dikatakan adalah musuh utama kepada Shahrizat.
Wakil kepada Maznah hadir pada jam 4.50 petang untuk menyerahkan borang bagi pihaknya tetapi enggan memberikan sebarang komen mengenai penyerahan borang tersebut.
Shahrizat juga akan berdepan seorang lagi lawannya iaitu Ketua Wanita Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Sulaiman Palestin.
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut bergelut dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas projek kontroversi  berkenaan diserahkan kepada syarikat milik keluarganya.
Pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa dana RM250 juta bagi projek berkenaan disalahguna daripada tujuan projek ternakan lembu fidlot dan digunakan untuk membeli hartanah.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Politik Shahrizat Datuk Suhaimi Ibrahim telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1Azam.
Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung Umno 2009. 
themalaysianinsider.com

No comments: