12 October 2013

Jerman, Belgium, Switzerland layak ke Piala Dunia

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PARIS: Jerman, Belgium dan Switzerland melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan England, penyandang juara, Sepanyol, Russia dan Bosnia-Herzegovina semakin menghampiri ke Brazil. 

Jerman mengesahkan diri apabila menang bergaya 3-0 di tempat sendiri mengalahkan Republik Ireland, sekali gus memperoleh 25 mata dalam saingan Kumpulan C. 
Belgium pula menewaskan Croatia 2-1 di Zagreb dan menjadikan kedudukan teratas Kumpulan A. Ia juga hari bersejarah buat Belgium kerana kali kedua layak ke Piala Dunia selepas kali pertama pada 2002.


Switzerland pula layak untuk kali ketiga selepas menumpaskan Albania 201 dan menduduki tangga teratas Kumpulan E. 

Ketiga-tiga negara ini akan bersama Itali, Belanda yang terlebih dulu menempah tiket ke Brazil tahun depan. 

Sweden pula memperoleh tempat untuk perlawanan play-off selepas menang 2-1 ke atas Austria. 

Juara bertahan, Sepanyol pula meningkat satu mata selepas menang 2-1 ke atas Belarus. 

Sementara itu, pemain Tottenham, Andros Townsend merakam saat bersejarah kali pertama bermain untuk England dengan menyumbat masuk gol bagi membantu kemenangan 4-1 ke atas Montenegro. 

England memerlukan kemenangan untuk perlawanan terakhirnya di tempat sendiri menentang Poland, Selada ini untuk melangkah ke Brazil. 

Russia yang dibimbing Fabio Capello menang besar 4-0 ke atas Luxembourg, sekali membezakan jurang tiga mata di depan daripada saingan Portugal dalam Kumpulan F. 

Bosnia-Herzegovina pula mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Liechtenstein 4-1 dengan penyerang Manchester City, Edin Dzeko menyumbat dua gol. 

Sementara itu, Belanda membelasah Hungary 8-1 di Amsterdam dengan penyerang Manchester United, Robin van Persie merakam hatrik. 

Belanda kini memungut 25 mata daripada sembilan perlawanan dalam Kumpulan D. - AFP

No comments: