19 November 2013

250 sertai majlis khatan anjuran Dun Bukit Payong

15 Muharram 1435H. [MOD] -
MARANG: Seramai 250 kanak-kanak menyertai majis berkhatan yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Bukit Payong yang berakhir semalam.

Program yang diadakan sejak Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada hari pertama program.


Majlis itu adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Dun Bukit Payong sejak beberapa tahun lalu.

Dengan adanya program itu memberi peluang kepada masyarakat sekitar untuk mengkhatankan anak-anak mereka tanpa dibawa ke klinik atau hospital.

"Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat itu mendorong pihak Dun Bukit Payong untuk mengatur lebih program kebajikan kepada masyarakat pada masa akan datang," ujar Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat sekitar dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan sebarang program kebajikan yang dianjurkan oleh pihak Dun.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para petugas dan penyumbang yang terlibat menjayakan program-program anjuran Dun berkenaan termasuk majlis berkhatan itu.

"Insya Allah, pihak kami sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti seumpama ini untuk kemudahan penduduk di Dun Bukit Payong," ujarnya lagi.

Tambahnya, walaupun PAS tidak memerintah negeri ini, namun program kemasyarakatan dan kebajikan akan terus dilaksanakan mengikut kemampuan.

Harakahdaily

Tiada ulasan: