24 November 2013

Tiada jawatan tak halang saya bantu parti - Mahfuz

20 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Datuk Mahfuz Omar tidak melihat kegagalan mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 sebagai halangan untuk beliau terus berjuang dalam parti.

Bercakap kepada lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati, ketika sesi penggulungan ucapan dasar pagi ini, beliau berkata, ruangan baginya untuk berjuang membantu PAS luas terhidang walaupun bergelar ahli biasa selepas ini.

"Jawatan ini sekadar ranking susunan dalam parti.

"Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini," katanya yang memberi ucapan sejurus pengumuman keputusan jawatan Naib Presiden PAS dibuat pihak Jawatankuasa Pemilihan pagi ini.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan keputusan bagi tiga Naib Presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (penyandang) dengan memperoleh 917 undi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bekas Ketua Penerangan) dengan 849 undi dan Datuk Husam Musa (penyandang) dengan 520 undi.

Mahfuz dan Datuk Abu Bakar Chik bagaimanapun masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dengan jumlah undi sebanyak 504 dan 364.

Harakahdaily

Tiada ulasan: