25 Disember 2013

Pulau Pinang dipilih lokasi Rumah Terbuka Krismas bukti hubungan matang - Guan Eng

21 Safar 1435H. [MOD] -

Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pemilihan negeri ini selaku tuan rumah sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas adalah bukti hubungan matang kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. 

Katanya, penganjuran majlis sedemikian sebagai tanda bukti perhubungan kerajaan negeri di bawah pimpinannya dengan Kerajaan Pusat diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sihat dan membina sejajar dengan semangat Krismas. 



Guan Eng berkata demikian di hadapa kira-kira 10,000 orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas di Padang Kota Lama di sini, sebentar tadi. 

Hadir sama, Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. 

Tiada ulasan: