25 Disember 2013

Gerakan 'Kita Bantah' Pemuda PAS Gombak dapat sambutan

21 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY

GOMBAK: Berikutan siri pengumuman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh Kerajaan BN, Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif mengajak warga Malaysia khususnya di daerah ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati melalui beberapa siri kempen 'Kita Bantah'.
Siri pertama kempen 'Kita Bantah'  berlangsung dengan flash mob di simpang lampu isyarat Greenwood, 22 Disember jam 5.00 petang.

Flash mob yang berlangsung selama 45 minit itu berlangsung secara aman.
Para pengguna jalanraya memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan sepanjang program itu berlangsung.
Kempen 'Kita Bantah' siri kedua diadakan pada malam 23 Disember.
XPDC Kita Bantah itu diisi dengan pengedaran risalah penerangan kepada para pengunjung kedai makan sekitar Gombak dan Uptown Sri Gombak.
Ia disertai 50 pemuda dan dilancarkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor.
Penyelaras kempen 'Kita Bantah',  Mohamad Azizul Abu Bakar berkata, siri-siri kempen penerangan akan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium termasuk facebook dan blog.
"Dengan medium facebook PemudaGombak.Com, ia akan merancakkan lagi usaha untuk bantah kenaikan harga barang sekaligus menolak BN dalam PRU-14 akan datang.
"Untuk maklumat lanjut mengenai gerakan 'Kita Bantah' boleh mengikuti perkembangan di facebook, PemudaGombak.Com," ujar beliau.

Tiada ulasan: