24 Disember 2013

Pengurus Bayern Munich Pep Guardiola Penerima Gaji Paling Tinggi Di Dunia

20 Safar 1435H. [MOD] -

Pep Guardiola. Foto AFP
DIA telah memenangi dua medal Piala Eropah bersama-sama Barcelona dan bukan itu sahaja malah turut membawa pulang tiga kejuaraan La Liga, dua Piala del Rey dan kini mengendalikan juara bertahan Piala Eropah Bayern Munich.
Maka tidak hairanlah apabila Pep Guardiola kini menerima gaji yang paling tinggi di dunia di kalangan para pengurus bolasepak iaitu sebanyak £14.8 juta setahun.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah Pengurus West Ham, Sam Allardyce menduduki ranking ke-13 apabila rekod rasmi menunjukkan yang dia menerima £2.95 juta setahun iaitu lebih tinggi daripada Roberto Mancini (Galatasaray, £2.92 juta) dan Rafa Benitez (Napoli, £2.92 juta).
West Ham yang tewas 1-3 ditangan Manchester United dalam perlawanan liga pada malam Sabtu kini menduduki tangga ketiga tercorot liga.
Ranking yang dikeluarkan oleh Sporting Intelligence itu menunjukkan daripada senarai 30 pengurus yang menerima gaji yang tertinggi di dunia, lapan berkhidmat dengan kelab bolasepak England, lima di Itali, empat di Sepanyol, tiga di Jerman dan dua di Rusia.
SENARAI 30 PENGURUS BOLASEPAK DENGAN GAJI TERTINGGI DI DUNIA:
1 Pep Guardiola, Bayern Munich, £14.8 juta
2 Jose Mourinho, Chelsea, £8.37 juta
3 Marcelo Lippi, Guangzhou, £8.34 juta
4 Arsene Wenger, Arsenal, £6.89 juta
5 Fabio Capello, Skuad Kebangsaan Rusia, £6.51 juta
6 Carlo Ancelotti, Real Madrid, £6.26 juta
7 David Moyes, Man United, £4.92 juta
8 Tata Martino, Barcelona, £4.5 juta
9 Jurgen Klopp, Borussia Dortmund, £3.59 juta
10 Manuel Pellegrini, Man City, £3.47 juta
11 Jorge Jesus, Benfica, £3.34 juta
12 Brendan Rodgers, Liverpool, £3.25 juta
13 Sam Allardyce, West Ham, £2.95 juta
14 Roy Hodgson, Skuad Kebangsaan England, £2.95 juta
15 Roberto Mancini, Galatasaray, £2.92 juta
16 Rafa Benitez, Napoli, £2.92 juta
17 Luciano Spaletti, Zenit St Petersburg, £2.75 juta
18 Claudio Ranieri, Monaco, £2.5 juta
19 Laurent Blanc, PSG, £2.5 juta
20 Antonio Conte, Juventus, £2.5 juta
21 Cesare Prandelli, Skuad Kebangsaan Itali, £2.5 juta
22 Massimiliano Allegri, AC Milan, £2.34 juta
23 Felipe Scolari, Skuad Kebangsaan Brazil, £2.3 juta
24 Ottmar Hitzfeld, Skuad Kebangsaan Switzerland, £2.17 juta
25 Mircea Lucescu, Shakhtar, £2.14 juta
26 Diego Simeone, Atletico Madrid, £2.09 juta
27 Harry Redknapp, QPR, £2.09 juta
28 Joachim Low, Skuad Kebangsaan Jerman, £2.09 juta
29 Walter Mazzarri, Inter Milan, £2 juta
30 Vecente del Bosque, Skuad Kebangsaan Sepanyol, £1.96 juta
Yang paling menarik bagaimana pun ialah pengurus juara Piala Dunia Sepanyol Vecente del Bosque, hanya menduduki senarai ke-30 dengan menerima gaji sebanyak £1.96 juta sahaja.
Di England, Jose Mourinho, yang menduduki tempat kedua sebagai pengurus dengan bayaran paling tinggi di dunia menerima sekitar £8.34 juta setahun daripada Chelsea.
Harry Redknapp, pengurus QPR iaitu kelab yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, Tan Sri Tony Fernades dan kini berada di liga kedua Inggeris turut tersenarai di kalangan pengurus yang menerima ganjaran tertinggi di dunia dengan £2.09 juta setahun.
Redknapp menerima gaji sama banyak dengan Pengurus Jerman, Joachim Low malah lebih tinggi daripada pengurus juara dunia, Vicente del Bosque (£1.96 juta).
Satu-satunya pengurus kelab di luar Eropah yang termasuk di dalam senarai ini ialah kelab Liga China, Guangzhou dengan pengurus mereka Marcelo Lippi menerima £8.34 juta setahun.
Mstar/-

Tiada ulasan: