PARIS: Angin kencang dan hujan melanda sebahagian negara Eropah hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut manakala seorang lelaki hilang dipercayai hanyut ke dalam laut di Perancis, sekali gus menerencatkan persiapan menjelang dua hari lagi sambutan Krismas.
Di Britain, seorang lelaki ditemui mati di tebing sungai yang pecah dekat barat laut England, kata pegawai polis Cumbria, Inspektor Chis Wright, sambil menambah bahawa cuaca yang tidak baik menyumbang kepada bencana itu.
Seorang lagi mangsa adalah wanita yang dihanyutkan arus deras ke sungai di utara Wales, kata polis.
Manakala seorang lelaki Russia juga dikhuatiri terbunuh selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal kargo yang rosak di luar pantai barat laut Perancis, kira-kira 220 kilometer dari Crest.
Bagaimanapun usaha mencari mangsa dihentikan seketika berikutan cuaca yang semakin gelap, lewat malam tadi, dan akan diteruskan awal pagi ini. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan