24 December 2013

Majistret tolak permohonan reman Azan Safar

20 Safar 1435H. [MOD] -



 
Majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyiasat pemimpin NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berhubung perhimounan besar yang akan dijalankan pada 31 Disember.

NONE
Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.

“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru itu ditahan ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam tadi.

Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mohon (penyokong) terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Siswa tersebut, yang turut memimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada hari Ahad lalu mengadakan flashmob di kawasan beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagi mempromosi perhimpunan 31 Disember.

Malaysiakini.

No comments: