Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya di seluruh negara.

NONEKatanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.

Malaysiakini/-